Kurik Kundi Merah Saga | Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai. |