Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tiup] | برتيوڤ

Definisi : 1. bergerak (angin), berhembus, mengalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­paikannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,

Puisi
 

Angin bertiup lautan bergelombang,
     Di tengah lautan kapal berlabuh;
Diharap keluarga tak usahlah bimbang,
     Doakan sakit segera sembuh.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAngin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaAngin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh.
Kurik Kundi Merah SagaAngin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan.
Kurik Kundi Merah SagaWalau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna angin bertiup, Kalau tak ribut gegak gempita; Apalah guna kita nan hidup, Kalau sama berputih mata.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pahang ke Kuala Lipis, Angin bertiup sebelah utara; Bila berdepan memanglah manis, Bila belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaPukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita.
Kurik Kundi Merah SagaPatah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sedang kampung Cik Daud, Tempat orang mengangin padi; Petang-petang angin bertiup, Hendak pulang rasanya hati.
12

Kembali ke atas