Kurik Kundi Merah Saga | Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulak-pulak si papan-papan, Buah lemak digaul udang; Tuan bertolak kami berpesan, Jangan lama di negeri orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulak-ulak sampiran kain, Buah padi taruh di dulang; Kapal bertolak enjinnya bermain, Buah hatiku di kampung orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang. |