Kurik Kundi Merah Saga | Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? |
Kurik Kundi Merah Saga | Yang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Barangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah langsat kuning mencelah, Sayang senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jongok Batu bertanah merah, Kayu keduduk bercabang dua; Jongok Batu tempat bertuah, Tumpang duduk sehari dua. |