Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.nang] | برتونڠ

Definisi : mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin): sesudah bekerja baru ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.nang] | برتونڠ

Definisi : mengikat janji utk men­jadi suami isteri; mempunyai atau ada tunangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunang (kata nama)
Bersinonim dengan tunangan, bakal suami, bakal isteri, kekasih, teman, jodoh, pasangan, pacangan;,
Kata Terbitan : bertunang, menunangkan, mempertunangkan,

Puisi
 

Koyak pinang jangan dikupas,
     Kalau dikupas menjadi semilu;
Orang bertunang jangan dilepas,
     Kalau lepas mendapat malu.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBalai Cik Wan kecil, Bentuk panjang lima; Bertunang dari kecil, Menikah bulan lima.
Kurik Kundi Merah SagaKoyak pinang jangan dikupas, Kalau dikupas menjadi semilu; Orang bertunang jangan dilepas, Kalau lepas mendapat malu.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk bermain di tepi kolam, Ada juga memasang lukah; Kita bertunang selama enam bulan, Lepas itu bolehlah menikah.
Kurik Kundi Merah SagaUnang-unang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entahkan jadi entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaOndang-ondang terbang ke barat, Entah bertali entahkan tidak; Orang bertunang jangan diharap, Entah jadi entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih berpinang tidak, Sirih ambik dari seberang; Sudah berkasih bertunang tidak,kasih/tunang Ada kekasih diambil orang.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.
Kurik Kundi Merah SagaPokok nyiur pokok pinang, Pokok dedap pohon pandan; Bila mendengar adik bertunang, Abang di sini tak sedap badan.
Kurik Kundi Merah SagaKapal Arab singgah di Acheh, Sarat muatan batang padi; Jangan diharap orang berkasih, Sedang bertunang haram tak jadi.
12

Kembali ke atas