Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru/] | بروق

Definisi : sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru/] | بروق

Definisi : nama sj binatang spt kera yg dpt diajar memanjat kelapa dsb, Macacus memetrinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruk

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Dibungkus dengan sekarung kain;
Sungguh buruk hati berkenaan,
     Tidak saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(27)

142

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di tepi pantai, Turun ke bendang memakan padi; Biar buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Dibungkus dengan sekarung kain; Sungguh buruk hati berkenaan, Tidak saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di tepi pantai, Anak merpati merah kakinya; Biar buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk besar lengan, Pukullah mari si kayu kain; Sungguh buruk hati berkenan, Hatiku tidak kepada lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk besar lengan, Turun ke paya mencuri kain; Sungguh buruk saya berkenan, Tidaklah saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga.
Kurik Kundi Merah SagaKayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa.
12

Kembali ke atas