Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lam]/[ber.u.lam] | براولم

Definisi : makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lam]/[ber.u.lam] | براولم

Definisi : makan nasi dgn ulam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berulam

Puisi
 

Dayang ke kota berulam pauh,
     Sampan Mak Munah saya layarkan;
Tidak peduli dikata jauh,
     Kalau setanah saya jalankan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Upas berulam racun.

Bermaksud :

Perbuatan jahat yang tindih bertindih.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMakan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris.
Kurik Kundi Merah SagaDayang ke kota berulam pauh, Sampan Mak Munah saya layarkan; Tidak peduli dikata jauh, Kalau setanah saya jalankan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaBaru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh.
Kurik Kundi Merah SagaApalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaBalik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaBuah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang.
Kurik Kundi Merah SagaLihatberembang di atas gunung, Tumbuh di bawah pokoknya jati; Lihatlah aku berulam jantung, Menunggu abang bersama mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa mandi di paya, Lepas mandi makannya rumput; Tiada orang semacamnya saya, Makan hati berulam perut.

Kembali ke atas