Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang.a.li/]/[ber.u.lang.a.li/] | براولڠ-اليق

Definisi : berbolak-balik, pulang balik: kerjanya berulang-~ saja antara Kuala Lumpur dan Singapura; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.a.li/]/[ber.u.lang.a.li/] | براولڠ-اليق

Definisi : berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.a.li/]/[ber.u.lang.a.li/] | براولڠ-اليق

Definisi : berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berulang-alik

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Kurik Kundi Merah SagaSerai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik.
Kurik Kundi Merah SagaSerai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik.

Kembali ke atas