Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Sayang selasih di Bukit Dulang,
     Diputik sedulang laut Sebandi;
Terima kasih berulang-ulang,
     Sudi menjemput kami di sini.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam,
     dicencang dengan yang majal.

Bermaksud :

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih di Bukit Dulang, Diputik sedulang laut Sebandi; Terima kasih berulang-ulang, Sudi menjemput kami di sini.
Kurik Kundi Merah SagaPohon geti bunga serangkul, Ambil galah tergawang-gawang; Kalau benci khabarlah betul, Tidaklah kami berulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau upih katakan upih, Kalau seludang kata seludang; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya ulang-berulang.

Kembali ke atas