Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.mah] | برومه

Definisi : 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, ber­budi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.mah] | برومه

Definisi : 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berumah

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.
Kurik Kundi Merah SagaSaya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah.
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah.
Kurik Kundi Merah SagaAku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaKak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.
Kurik Kundi Merah SagaKak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.
Kurik Kundi Merah SagaAku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Mahmud bermain tombak, Dang Kasuma menangkap tupai; Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.
12

Kembali ke atas