Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)

278

Out of the frying fan and into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she out of the frying fan and into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(62)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaOrang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.
Kurik Kundi Merah SagaBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBesar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang.
Kurik Kundi Merah SagaBesar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung.
Kurik Kundi Merah SagaBesar puyuh dari pipit, Cari makan tepi kolam; Begitu banyak pulau dan bukit, Guna apa di dalam alam?
Kurik Kundi Merah SagaBesar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh.
123456789

Kembali ke atas