Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaRusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena.
Kurik Kundi Merah SagaTurun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena.
Kurik Kundi Merah SagaJerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.
Kurik Kundi Merah SagaBurung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna.
Kurik Kundi Merah SagaRumah Cina perabungnya lentik, Pelapik atas kayu cengal; Betina mana rupanya cantik, Silakan dekat saya nak kenal.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke laut, Bawakan saya ketam betina; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi sekuntum bunga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke laut, Bawakan saya ketam betina; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi sekuntum bunga.
12

Kembali ke atas