Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ting] | بتيڠ

Definisi : timbunan pasir yg besar dan panjang di muara (di laut dll): ~ ini menjadi halangan kpd pelayaran di sungai;berbeting mempunyai beting: muara sungai itu ~;membeting merupakan beting;terbeting terdampar di beting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ting] | بتيڠ

Definisi : timbunan pasir atau lumpur yg panjang di kuala sungai atau di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beting

Puisi
 

Nampak beting jauhnya pelik,
     Nampak perahu pergi balik;
Sungguh biring jatuh tergolek,
     Undur-undur dia terkam balik.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau?
Kurik Kundi Merah SagaNampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail tepi beting, Putus joran tinggal pancing; Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?
Kurik Kundi Merah SagaTanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina karam di Beting, Yang seorang pandai berenang; Bunga banyak boleh disunting, Bunga tanjung dicari orang.
Kurik Kundi Merah SagaRotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting.
Kurik Kundi Merah SagaSang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.

Kembali ke atas