Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Metedong Gunung Metali, Beruang Abu terbang sekawan; Betul-betul memegang janji, Laksana paku lantak ke papan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang mastali benang mastali, Anak patu dikasi makan; Betul-betul memegang janji, Seperti paku lekat di papan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika betul tuan mengikat, Ikat saya tali belati; Jika betul cik abang nak ikat, Ikat saya sampai ke hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika betul tuan menereka, Tereka saya kain stokin; Sekira benar sukakan saya, Jemput saya orang miskin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika betul anak menteri, Hang Jebat raja Melaka; Bunga diambil dalam duri, Bunga tak dapat tangan luka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak betul jadi saksi, Ambil kayu direjam-rejam; Sebaik-baik pun baja besi, Ada batu baru tajam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahkah tuan betul nareka, Narekalah saya si baju merah; Kalaulah tuan sebetul suka, Ikut kami pulang ke rumah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahkah tuan betul nareka, Narekalah saya si baju merah; Kalaulah tuan sebetul suka, Ikut kami pulang ke rumah. |