Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. besar: buluh ~; katak ~; 2. = buluh ~ sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper; rumput ~ sj tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus; tebu ~ sj tebu besar; ~ ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk; ~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa; bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll); bereda (berteduh) di bawah ~ prb pertolongan yg tidak memadai;membetung membuat atau membubuh paip utk saluran air (najis dll); pembetungan 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;pembetung 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membetung membubuh paip utk membuat saluran air, najis dll. pembetungan 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. pembentung 1 sesuatu yg berbentuk bulat, panjang dan berongga di dalamnya (spt bentuk buluh) utk menyalurkan air dsb. 2 saluran paip utk menyalirkan najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betung I

Puisi
 

Tetak tebu betung,
     Sandar pokokinai;
Selawat gajah Tuk Dong,
     Saya nampak Tuk Nai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Memijakkan betung sebelah.

Bermaksud :

Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKatak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu betung, Sandar pokokinai; Selawat gajah Tuk Dong, Saya nampak Tuk Nai.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi.

Kembali ke atas