Kurik Kundi Merah Saga | Pohon bidara menjulang tinggi, Umbi pokoknya sudah berbanir; Tersenyum dara tunduk ke bumi, Ibu jari menguis pasir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak buah bidara, Mari makan di pagi hari; Buang emak buang saudara, Tidaklah menyesal kemudian hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah lemak buah bidara, Daun selasih kulurut juga; Buang emak buang saudara, Hati kasih kuturut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang. |