Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBeribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih biji dilurut, Pisang embun masak ditutuh; Hilang kasih tempat berpaut, Manalah rimbun tumpang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan.
Kurik Kundi Merah SagaBeribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke gaung; Kalaulah rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaJauh sungguh Sungai Kelantan, Biji selasih disiram minyak; Jauh sungguh abang datang, Terima kasihlah banyak-banyak.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga.
12

Kembali ke atas