Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur.
Kurik Kundi Merah SagaCik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaBila riak bilalah pasang, Bila melajak atas perahu; Bila teriak abang datang, Silalah masuk kita bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pahang ke Kuala Lipis, Angin bertiup sebelah utara; Bila berdepan memanglah manis, Bila belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaAnak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai.
Kurik Kundi Merah SagaBila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.
Kurik Kundi Merah SagaParang bila saya tanjakkan, Tidak peduli kepaya dulang; Barang bila saya hendakkan, Tidak peduli di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berkain semalam ini, Bila masa berkain lagi? Hendak bermain semalam ini, Bila masa bermain lagi?
12345678

Kembali ke atas