Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilakah

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Orang yang menunggu perigi itu,
     bilakah ia mati dahaga?

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaJelatuk maharaja burung, Hinggap di atas bunga selasih; Seribu tahun dendam berkurung, Bilakah bertemu kekasih?
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang?
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit kampung Melayu, Panas redup sampai ke petang; Petang sedikit hatiku sayu, Bilakah kekasih mari datang.
Kurik Kundi Merah SagaMerbah terbang di pohon Jawa, Pakai anak raja Chupa; Adik abang tuanku nyawa, Bilakah masa dapat berjumpa?
Kurik Kundi Merah SagaPohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang?
Kurik Kundi Merah SagaPisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan?

Kembali ke atas