Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lang] | بيلڠ

Definisi : 1. bp hitung(an), kira(an) jumlah (banyak) barang; tidak masuk ~ tidak masuk kira; 2. = sebilang setiap, tiap-tiap; ~ bulan tiap-tiap bulan; 3. = berbilang; berbilang 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; membilang 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; membilangkan membilang (menghitung, mengira) utk; terbilang 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang;bilangan 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandai-pandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; sebilangan sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; kebilangan termasuk bilangan, terkenal dll: mereka pergi ke sebuah restoran yg ~ dlm kota Betawi; pembilangan perbuatan membilang, pengiraan, penghitungan: ~ undi dilakukan pd sebelah petang; pembilang 1. orang yg kerjanya membilang; 2. Id bilangan yg di atas pd suatu pecahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lang] | بيلڠ

Definisi : bp cakap, bercakap: Narto tak ~ dia hendak lari; emak ~, jangan pergi; membilang bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; membilangi memberitahu, memberi nasihat; membilangkan memberitahukan, mengatakan; perbilangan peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lang] | بيلڠ

Definisi : ; berbilang lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. membilang menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. bilangan 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. terbilang 1 dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. 2 termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. 3 terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. sebilangan jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilang

Puisi
 

Tanam serbat di pintu balai,
     Mari ditunggu bilang malam;
Apa makrifat tuan pakai,
     Mimpikan tuan bilang malam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tinggi kayu ara dilangkahi,
     rendah bilang-bilang diseluduki.

Bermaksud :

Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaTanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam.
Kurik Kundi Merah SagaAbang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput.
Kurik Kundi Merah SagaIngin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Tingginya sampai menyapu awan; Siapa bilang abang tak sayang, Hati rindu bercampur rawan.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Sambung tali sambung benang; Siapa bilang tiada sayang, Siang malam terkenang-kenang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung ranting; Siapa bilang kamek tak sembahyang, Di dalam tidur membawa sembahyang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung cabang; Siapa bilang abang tak sayang, Di dalam hati terbayang-bayang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Hinggaplah hinggap di tikar sembahyang; Siapa bilang kami tak sayang, Di dalam tidur nampak terbayang.
12

Kembali ke atas