Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Tingginya sampai menyapu awan; Siapa bilang abang tak sayang, Hati rindu bercampur rawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Sambung tali sambung benang; Siapa bilang tiada sayang, Siang malam terkenang-kenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung ranting; Siapa bilang kamek tak sembahyang, Di dalam tidur membawa sembahyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung cabang; Siapa bilang abang tak sayang, Di dalam hati terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Hinggaplah hinggap di tikar sembahyang; Siapa bilang kami tak sayang, Di dalam tidur nampak terbayang. |