Kurik Kundi Merah Saga | Kain selendang kesumba murup, Mari diikat rotan saga; Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tepak ini buatan Palembang, Mari dialas dengan kertas; Jangan adik berhati bimbang, Benda di tangan tidak terlepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari. |