Kurik Kundi Merah Saga | Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menanak di Tebing Tinggi, Burung putih terbang melayang; Bukan anak bini sendiri, Sudah ku boleh berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa. |