Kurik Kundi Merah Saga | Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gesek biola nama Cik Mamat, Mari digesek Tanjung Jati; Doa saya biar selamat, Ada umur bertemu lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gesek biola tali empat, Putus satu tali kecapi; Sudah cari serata tempat, Baru dapat kehendak hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tiang ke laut, Tempat Suriani menggesek biola; Kecil molek bagai diraut, Itu sebab hatiku gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola. |