Kurik Kundi Merah Saga | Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa khabar pasir Bintulu, Bolehkah kita berjalan lagi; Apa khabar kasih dahulu, Bolehkah tidak diulang lagi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima? |
Kurik Kundi Merah Saga | Teras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga? |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga? |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk? |