Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatkan

Puisi
 

Ambil perpat buatkan titi,
     Ambil kapak belahkan kundur;
Berempat engkau menanti,
     Setapak haram aku tak undur.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur.
Kurik Kundi Merah SagaTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaTebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga.
Kurik Kundi Merah SagaSirih gagang tumbuh di batu, Buluh hutan buatkan galah; Kasih sayang tak boleh tentu, Jodoh pertemuan di tangan Allah.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.

Kembali ke atas