Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaya I

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(20)

573

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Tak usah diajar anak buaya berenang

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Tak usah diajar anak buaya berenang. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaMenangkap buaya orang Jambi, Buaya ditangkap di pintu kuala; Sudahlah kaya pandai berbudi, Bagailah mana hati tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya hilir mudik, Karam pipit bawah jerami; Dari paya Bukit Kelik, Baru lepas malu kami.
Kurik Kundi Merah SagaLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan.
Kurik Kundi Merah SagaPutih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
12345

Kembali ke atas