Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak gali cacing, Gali mari bawah tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Lagi ditimbang baik diborong. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak beli terung, Kalau terung dimasak minyak; Lagi ditimbang baik diborong, Kalau ditimbang untung tak banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; Cari nafkah dapat naik haji, Boleh menziarah makam nabi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak kupas bawang, Taruh mari di dalam mangkuk; Jangan bawa resmi keluang, Tak boleh tengok buah di pokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak tanam papaya, Tanam mari tepi kota; Sudah mari tepi kota, Tuah melambung malang menimpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak memetik kangkung, Bawa balik Tanjung Jati; Hari petang matahari condong, Siapa melihat berpilu hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak terlari-lari, Sampai di kedai membeli beras; Ingat-ingat orang negeri, Rimau berantai nanti lepas harimau/kiasan |