Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(40)

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak ubi perkara ubi, Ubi mana orang tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi mana orang kenangkan?
Kurik Kundi Merah SagaBanyak ubi perkara ubi, Ubi Daik saya tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi baik saya kenangkan.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak ubi perkara ubi, Mana ubi yang kami tanam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana kami dikenang?
Kurik Kundi Merah SagaBanyak duri perkara duri, Duri mana duri yang tajam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana dikenang orang?
Kurik Kundi Merah SagaAda dudi dudi kukasih, Tiada dudi kulepas buang; Ada budi budi kukasih, Tiada budi kulepas buang.
Kurik Kundi Merah SagaUbi kentang perkara ubi, Ubi setela dalam dulang; Budi banyak perkara budi, Budi yang mana disuka orang?
Kurik Kundi Merah SagaOrang Acheh menanam padi, Padi tumbuh nampak jarang; Antara kasih dengan budi, Budi juga dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak saya menabur padi, Padi habis dimakan merang; Banyak saya menabur budi, Budi tidak dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak duri perkara duri, Mana sama duri selasih; Banyak budi perkara budi, Manakan sama budi kekasih.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.
12345678910...

Kembali ke atas