Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : adat sopan santun; kesopanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi bahasa

Puisi
 

Kalau udang dibuat gulai,
     Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
     Budi bahasa pengiring diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaNanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.
Kurik Kundi Merah SagaKemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari.
Kurik Kundi Merah SagaDirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaCik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari.
Kurik Kundi Merah SagaBukan saya mengejar kolek, Saya mengejar papan tunda; Bukan saya mengharap molek, Saya mengharap budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa.
1234

Kembali ke atas