Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Lupa akan budi baik orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak ubi perkara ubi, Ubi Daik saya tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi baik saya kenangkan.
Kurik Kundi Merah SagaBukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Daik banyak kelapa, Pulau Karimon banyak pegaga; Budi baik payah dilupa, Beribu tahun dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik memasak periuk, Bawa pergi tanah seberang; Budi baik kelaku elok, Ke mana jatuh disayang orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai berenang, Singgah makan daun buluh; Budi baik jangan dikenang, Kalau dikenang hati luluh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik pulang ke Daik, Ambung-ambung bertali benang; Kalau ada budi baik, Sampai mati boleh dikenang.
Kurik Kundi Merah SagaBunga pandan jauh ke tengah, Pulau Sari bercabang dua; Buruk badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
12345678910...

Kembali ke atas