Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buih

Puisi
 

Buih putih di air terjun,
     Dara jelita menangguk ikan;
Biar pun kuih bercampur racun,
     Kerana cinta sanggup dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar buih, Buih di laut dipakai jua; Kasih sayang dicari boleh, Cinta hati jarang nak jumpa.
Kurik Kundi Merah SagaBuih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.
Kurik Kundi Merah SagaOmbak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang?
Kurik Kundi Merah SagaPucuk kangkung di Pasir Pauh, Banyak buih di Pulau Pinang; Lenggok lenggang dari jauh, Perutku lapar menjadi kenyang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Turun ke laut menyambar buih; Sayang-sayang hatiku sayang, Hendak ditarik rasa tak boleh.

Kembali ke atas