Kurik Kundi Merah Saga | Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Bujang tuan bujang bertempat, Bujang saya terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bujang memakai kain, Sudah berkain berbaju tidur; Bukan kami pandai bermain, Sebab bermain malulah undur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. |