Kurik Kundi Merah Saga | Nampak sebuah kapal perang, Rakyat banyak bukan sedikit; Kota Melaka asalnya padang, Kerana siapa jadi bukit? |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tidak berbukit, Adalah bukit di Batu Arang; Kenang tuan bukan sedikit, Darilah dulu sampai sekarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju saya lupa dijahit, Daun birah selebar talam; Malu saya bukan sedikit, Sudah pecah serata alam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baik-baik belayar rakit, Tali biar panjang sama; Kasih sayang bukan sedikit, Kalau boleh mati bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang muara tidak berbukit, Banyak bukit di Batu Karang; Budimu tuan bukan sedikit, Dari dahulu sampai sekarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang. |