Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : apakah bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukankah

Puisi
 

Apa benda bunyi terdesar,
     Anak monyet berkejar-kejar;
Bukankah kucing guru yang besar,
     Harimau di hutan semua diajar?


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

473

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu.Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Telur mengatakan lepang tak pandai duduk, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi.
Kurik Kundi Merah SagaApa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar?
Kurik Kundi Merah SagaAda satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak; Bukankah baik beli borong, Timbang kati untung tak banyak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jeddah menjala ikan, Sudah dijala jual di pekan; Bukankah sudah saya katakan, Kepayang mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaTanam tebu beruas-ruas, Tanam dari tepi telaga; Lautan lebar bukankah luas, Kenapa kapal selalu berlaga?
Kurik Kundi Merah SagaPohon semancun tinggi sehasta, Tempatlah budak berjuntai kaki; Itulah pantun bukankah kata, Bukannya budak tidak mengerti.
Kurik Kundi Merah SagaSayang delima masak merkah, Kasi makan raja di Daik; Buah tinggi apa diranggah, Tunggu masak bukankah baik?

Kembali ke atas