Kurik Kundi Merah Saga | Cik Abu orang Peringgit, Siang malam main perahu; Buku tebu boleh kugigit, Buku buluh belum tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tang-tang buku, Kerakap daun puding; Pak Itam tak malu, Ditampar dek kucing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terung asam terung berbulu, Mari ambil buat kerabu; Jangan tuan salah keliru, Nak cari umbut terkena buku. |