Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan mengambang

Puisi
 

Bulan mengambang embun menitik,
     Cahaya sampai serata dunia;
Pokok cantik buah sebiji,
     Bila gugur masam rasanya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

Bermaksud :

Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaBulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan.
Kurik Kundi Merah SagaBulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaLangit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada.
Kurik Kundi Merah SagaTidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai.
Kurik Kundi Merah SagaSaya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang.
12

Kembali ke atas