Kurik Kundi Merah Saga | Malam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. |