Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b) sj seruling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh yg mengeluarkan bunyi dgn sendirinya apabila ditiup angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. buluh kecil yg menimbulkan bunyi yg merdu apabila ditiup angin, Bambusa magica. b. seruling drpd buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh perindu

Puisi
 

Buluh perindu di atas gunung,
     Habis luruh buah padiku;
Rindu hamba tidak tertanggung,
     Hancur luluh rasa hatiku.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Seperti bangsi buluh perindu.

Bermaksud :

Suara yang lemah lembut dan merdu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuluh perindu dipukul ribut, Jatuh mari di dalam mengkuang; Kalau rindu nama disebut, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh perindu di atas gunung, Habis luruh buah padiku; Rindu hamba tidak tertanggung, Hancur luluh rasa hatiku.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaBatang mari kepala pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Aku rindu tiada tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai di dalam puan, Buluh perindu di atas gunung; Adakah sampai padamu tuan, Merindu hamba tidak tertanggung.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu.

Kembali ke atas