Kurik Kundi Merah Saga | Bunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. |