Kurik Kundi Merah Saga | Bunga dedap lebat di dahan, Bila kembang warnanya merah; Kalau cinta menjerat badan, Hati juga selalu gelisah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap di dalam padi; Kalau ada kata begitu, Saya teringat di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati. |

Kurik Kundi Merah Saga | Saya tidak membakar arang, Abang mengepit si bunga dedap; Saya tidak kata sebarang, Kerana abang tak tahu adab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana mudik beredap, Bergalah sahaja perahunya tidak; Laksana bunga dedap, Merah sahaja berbaunya tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Balik sana muda derdap, Perahu ada galah tiada; Laksana bunga dedap, Merah ada baunya tiada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana mudik ke Terap, Patah galah di dalam perahu; Tuan umpama bunga dedap, Sungguh merah tiada berbau. |