Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasi­nensis (bunga kebangsaan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke rakit,
     Bunga raya dalam celepa;
Kalau tak ada ringgit di kocek,
     Taruh boyan tak jadi apa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bunga raya kembang pagi.

Bermaksud :

Muka yang merah padam kerana marah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke rakit, Bunga raya dalam celepa; Kalau tak ada ringgit di kocek, Taruh boyan tak jadi apa.
Kurik Kundi Merah SagaBunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung.
Kurik Kundi Merah SagaBunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di jalan raya; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke rumah saya.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit bulan raya, Pak Awang mencari kayu; Sudah nasib badan saya, Bunga yang kembang menjadi layu.

Kembali ke atas