Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, Mimo­sops elengi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga tanjung

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung di atas titi, Ditiup angin ke barat daya; Di mana tempat tuan menanti, Boleh tuan ceritakan saya.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang.
Kurik Kundi Merah SagaSongket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang dua kali semalam, Ambung-ambung dari hulu; Adik datang di tengah malam, Bunga tanjung berbau dulu.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina karam di Beting, Yang seorang pandai berenang; Bunga banyak boleh disunting, Bunga tanjung dicari orang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak bunga di Tanjung, Bila beringin ke Tasik Kembang; Kalau tidak intan dijunjung, Saya tidak ingin kepada orang.
12

Kembali ke atas