[ca.dang] | چادڠ
Definisi : ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.dang] | چادڠ
Definisi : ; bercadang bersedia atau bermaksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun hadapan. mencadangkan 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadangkan; pengusul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)