Kurik Kundi Merah Saga | Bulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah ikat baru sembelih, Masak berempah isi kepalanya; Intan manikam cari boleh, Payah jumpa kilat cahayanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pergi ke hutan, Ambil terap dengan getahnya; Tuan umpama permata intan, Saya nak tumpang kilat cahayanya. |