Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pelamuk si air mawar, Sayang mandi di dalam cangkir; Sudah mahu kata benar, Jangan janji diberi mungkir. |