Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) canĀ­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak itik anak itik, Turun ke sawah makan padi; Tengok cantik dipandang cantik, Tambah pula berhati budi.
Kurik Kundi Merah SagaHujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu.
Kurik Kundi Merah SagaKain budak bersulam kesuma, Pakai cantik Raja Cina; Puan cantik saya tak gila, Banyak orang dalam dunia.
Kurik Kundi Merah SagaKain budak bersulam kesuma, Pakai cantik Raja Cina; Puan cantik saya tak gila, Banyak orang dalam dunia.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik baju pun batik, Batik datang dari Jawa; Adik cantik abang pun cantik, Macam pinang dibelah dua.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik baju pun batik, Bawa lagi ke gua batu; Adik cantik abang pun cantik, Abang nak bawa pelepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik baju pun batik, Bawa lagi ke gua batu; Adik cantik abang pun cantik, Abang nak bawa pelepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaCantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung.
12345678

Kembali ke atas