| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Secarik dua carik, Tebu lontong kusangka kayu; Kalau dibeli bercarik-carik, Manakan dapat sehelai baju. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini carik di tengah, Mari dijahit budak hulu; Tengah berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke darat memangat rambai, Habis carik lengan baju; Apa nak harap bunga setangkai, Bunga lain sedap bau. |