Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carilah

Puisi
 

Ada kacang tumbuh di akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bertungkus-lumus biarlah di dapur,
     sifatkan seperti telunjuk dengan kapur;
arang jangan dibuat pupur,
     banyaklah ayam kelak datang melumpur.

Bermaksud :

Perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaAda kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh panjang empat puluh, Nak mengempang Kuala Daik; Carilah rial barang empat puluh, Nak minang janda yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.
Kurik Kundi Merah SagaBuah limau tepi perigi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau abang mahukan kami, Carilah kijang bertanduk emas.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk paku buah pauh, Mari jual di simpang empat; Jangan dirindukan orang yang jauh, Carilah gantinya orang yang dekat.
Kurik Kundi Merah SagaNak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya.
12

Kembali ke atas