Kuntum Pertiwi Buku 3 | Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik cempedak buah cempedak, Tetak buluh berduri; Adik tidak abang tidak, Kerana tubuh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cempedak nangka di hutan, Tidak berbau dengan selasih; Saya budak anak pungutan, Tahu juga orang tak kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya. |